CUEPACS KEMUKA ENAM TUNTUTAN BARU KEPADA JPA

IPOH, 30 Mac (Bernama) -- Cuepacs akan mengemukakan enam tuntutan baru kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melibatkan kenaikan gred jawatan berdasarkan tempoh perkhidmatan, pemansuhan gred jawatan 1 hingga 16, cuti tanpa rekod, cuti separuh gaji, cuti bersalin serta pertukaran kerana kenaikan pangkat.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata kesemua tuntutan itu akan dibincangkan dalam pertemuan antara anggota Majlis Tertinggi Cuepacs dan Ketua Pengarah JPA pada 4 April ini di Putrajaya.

"Kita juga akan membuat susulan dan mendengar taklimat penggantian sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan cadangan gaji minimum RM920 yang dikemukakan oleh Cuepacs pada 1 Julai 2007," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dailog dengan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan negeri Perak di sini pada Rabu.

Mengenai kenaikan gred jawatan berdasarkan tempoh perkhidmatan, Omar berkata Cuepacs mahu tempoh itu dipendekkan.

Berhubung gred jawatan 1 hingga 16, beliau berkata ia tidak lagi relevan kerana penjawat awam kini berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya Cuepacs berpendapat penjawat awam yang diberikan kenaikan pangkat dalam kumpulan yang sama tidak perlu diarah berpindah ke kawasan yang jauh seperti dari Ipoh ke Johor Baharu kerana ia boleh mendatangkan pelbagai masalah seperti keluarga.

Mengenai penggantian PTK pula, beliau berharap segala input yang diberikan oleh Cuepacs sebelum ini untuk penambahbaikan sistem penilaian kompetensi penjawat awam itu tidak ditolak oleh JPA.

Ketika diminta mengulas pemberian bonus oleh agensi kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Omar berkata Cuepacs berpendapat kerajaan perlu mempunyai satu garis panduan kepada agensi berkenaan dan GLC berhubung pemberian bonus kepada kakitangan mereka.

"Kita mendengar lembaga ini dapat tiga bulan, GLC ini dapat empat bulan...sepatutnya seperti GLC ini, kerajaan perlu ada satu garis panduan. Penjawat awam sahaja yang tidak dapat bonus, kita hanya terima bantuan khas, tetapi agensi lain sama ada GLC atau badan kerajaan yang diasingkan, semua ada bonus paling kurang tiga bulan," katanya.

Omar berkata Cuepacs akan membawa perkara itu kepada kerajaan supaya satu mekanisme dapat diwujudkan selain berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian bonus kepada 1.2 penjawat awam pada tahun ini selepas dua tahun tidak menikmatinya.

Katanya Cuepacs belum menghantar tuntutan bonus itu secara rasmi dan akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

CUEPACS CADANG SISTEM GAJI SEBARIS


PUTRAJAYA 24 Mac - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan Sistem Gaji Sebaris diperkenalkan dalam kajian semula terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM), supaya penjawat awam lebih produktif dalam menunaikan tugas mereka.
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya juga mencadangkan kepada kerajaan agar kenaikan pangkat dan gaji penjawat awam mengambil kira penglibatan mereka dalam aktiviti luar seperti kesukarelaan, kemasyarakatan dan sukan.
Beliau berkata, perkara itu akan dikemukakan dalam pertemuan antara pihaknya dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 4 April.
"Kita menyambut baik langkah kerajaan untuk mengkaji semula Sistem Saraan Malaysia yang kini pun masih banyak dipertikaikan.
"Pada peringkat awal, ini antara cadangan yang akan dikemukakan oleh Cuepacs kepada kerajaan untuk kajian semula terhadap SSM,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama

GANJARAN PENUH

Berita Harian
Oleh Azrina Ahzan dan Sazarina Shahrim
2011/03/23 



Penjawat awam pilih bersara awal diberi imbuhan sekali gus: Najib

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam menarik balik penangguhan bayaran sebahagian ganjaran berkaitan persaraan pilihan kepada penjawat awam berkuat kuasa 1 Februari 2010.

Berikutan itu, penjawat awam yang memilih bersara pilihan akan menerima bayaran sekali gus atau 100 peratus. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkannya, berkata kerajaan juga bersetuju supaya semua penjawat awam yang mengambil Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara wajib atau bersara mengikut Seksyen 6A (6), Akta 227/239, termasuk ahli keluarga tanggungan mereka, layak menikmati kemudahan rawatan perubatan secara percuma. "Keputusan itu dibuat berkat usaha kakitangan kerajaan membantu kerajaan menguruskan kewangan negara dengan bijak, sehingga mampu memulihkan negara daripada masalah ekonomi," katanya berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-12 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, semalam.

Pada 1 Februari 2010, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan keputusan kerajaan menangguh bayaran sebahagian ganjaran membabitkan permohonan bersara pilihan bagi kakitangan awam Persekutuan, negeri dan badan berkanun serta tempatan.

Ia berikutan kedudukan kewangan semasa negara, selain mengelakkan kekurangan pegawai terlatih bagi mengendalikan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Antara syarat itu, kakitangan yang ingin bersara pilihan perlu bersetuju menerima hanya 20 peratus ganjaran atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi berbanding bayaran sekali gus seperti sebelumnya. 
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman, menteri-menteri Kabinet.

Majlis yang dihadiri kira-kira 5,757 penjawat awam itu turut disaksikan secara langsung oleh 570 penjawat awam di Sarawak dan Sabah yang mengikutinya secara sidang video di kedua-dua negeri.

Mengulas keistimewaan yang bakal dinikmati pesara Skim KWSP itu, Najib berkata, ia tidak akan membabitkan mereka yang meletakkan jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri.

Katanya, ia juga hanya boleh dinikmati mereka yang bersara wajib oleh kerajaan Persekutuan atau negeri atau pihak berkuasa berkanun dan tempatan.

Mengenai Kajian Semakan Sistem Saraan Malaysia, Najib berkata, satu kaedah `exit policy' akan diwujudkan untuk menamatkan perkhidmatan pegawai yang berprestasi rendah atau mempunyai masalah kesesuaian penempatan di semua peringkat termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

"Kaedah baru ini bakal diperkenalkan berikutan masalah sistem pool yang dibangkitkan sebelum ini bertujuan memastikan pegawai yang terbabit tidak teraniaya dengan mengamalkan sistem penilaian yang bebas dan berkecuali.

"Mengikut kaedah baru ini, pegawai berkenaan akan diberikan tugasan khusus bagi memanfaatkan pengalaman mereka," katanya.

Mengikut sistem penilaian baru yang bakal dilaksanakan mulai Jun ini, Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan diberikan fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh JPA.

Najib turut mengumumkan cadangan kerajaan memperkenalkan satu lagi anugerah khas bagi menghargai penjawat awam yang menunjukkan mutu kerja tinggi di pejabat dan pada masa sama bergiat aktif dalam kegiatan sukarelawan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, tahap prestasi kerja dan pembabitan aktif penjawat awam dalam semua aktiviti sepanjang 2011 akan dinilai bagi tujuan berkenaan

PESARA KWSP DAPAT PERUBATAN PERCUMA

Bernama

22/03/2011 12:13pm

PUTRAJAYA 22 Mac - Penjawat awam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara pada umur wajib atau mengikut Seksyen 6A (6), Akta 227/239 termasuk anggota keluarga tanggungan mereka layak menerima kemudahan rawatan perubatan percuma.
Keputusan kerajaan yang berkuat kuasa mulai tarikh semasa itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12, di sini, hari ini.
"Ia sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang telah berjasa,” katanya.
Najib berkata, pelaksanaan pemanjangan kemudahan rawatan perubatan percuma kepada pesara skim KWSP itu, hanya diberi kepada anggota perkhidmatan awam di bawah skim KWSP yang dibersara wajib oleh Kerajaan Persekutuan, atau Negeri atau Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan.
Ia bagaimanapun tidak merangkumi mereka yang meletak jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri, kata Najib. - Bernama

GAJI KUMPULAN SOKONGAN IPTA TIDAK SESUAI - CUEPACS

 

SHAH ALAM, 19 Mac (Bernama) -- Hampir 40 peratus daripada 55,000 kakitangan kumpulan sokongan di 20 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara masih mendapat gaji asas yang tidak sesuai dengan kos sara hidup semasa, kata Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman.

Beliau berkata di bawah Skim Saraan Universiti (SSU), gaji permulaan kakitangan kumpulan sokongan I ialah RM850 sebulan dan RM647 sebulan bagi kumpulan sokongan II.

"Oleh itu Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (GAKUM) sedang menyiapkan memorandum untuk meminta satu gaji minimum baru ditetapkan untuk kumpulan sokongan ini.

"GAKUM akan mengadakan mesyuaratnya di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai pada 17 dan 18 April ini bagi menyiapkan memorandum berkenaan sebelum diserahkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin," katanya.

Omar berkata setakat ini 85 peratus daripada memorandum itu telah disiapkan semasa perjumpaan jawatankuasa khas membuat penambahbaikan SSU yang membabitkan semua wakil Gakum seluruh negara, di sini.

Beliau berkata GAKUM memohon sekurang-kurangnya gaji asas minimum kumpulan sokongan 1 dan 11 IPTA ialah pada paras RM1,100 sebulan.

-- BERNAMA

BENGKEL SSU KALI KE-2 DI SHAH ALAM





Bengkel Skim Perkhidmatan Kumpulan Sokongan ke-2

Universiti Teknologi MARA dipilih untuk menjadi hos kepada Bengkel Skim Perkhidmatan Kumpulan Sokongan ke-2 anjuran GAKUM yang akan diadakan pada 17 - 19 Mac 2011 (Khamis sehingga Sabtu). Bengkel ini bertempat di Hotel Laman Seri, Business Park, Seksyen 13, Shah Alam. Dijangkakan seramai lebih kurang 80 orang peserta akan menyertai bengkel ini yang mana ia akan membincangkan Skim Perkhidmatan Kumpulan Sokongan IPTA di Malaysia. Di antara penyertaan IPTA yang terlibat adalah :

1. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
2. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
3. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
5. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
6. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
7. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
8. Universiti Sains Malaysia (USM)
9. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
10. Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
11. Universiti Utara Malaysia (UUM)
12. Universiti Teknologi Maklumat(UTM)

Bengkel ini merupakan siri kedua daripada bengkel yang lalu dengan kerjasama Kesatuan Kakitangan Umum UiTM, GAKUM dan juga IPTA Malaysia.

(Sumber dari Pejabat KKUUiTM)

BERSAMA KPT

09/02/2012
Perjumpaan Gakum dengan menteri pengajian tinggi malaysia di putrajaya.seramai 2 orang wakil daripada uitm telah terlibat bersama Gakum,diharapkn semua berjalan dengan lancar untuk membincangkan soal skim saraan universiti.

PENJAWAT AWAM PERLU BIJAK MENGURUSKAN KEWANGAN ELAK BANKRAP - CUEPACS





PUTRAJAYA, 2 Mac (Bernama) -- Seramai 1.2 juta penjawat awam di negara ini, terutama mereka yang berpendapatan sederhana iaitu RM3,500 ke bawah, digesa supaya lebih bijak dalam mengurus kewangan masing-masing agar tidak dibebani hutang, seterusnya diisytihar bankrap.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata pendedahan bahawa seramai 1,086 penjawat kerajaan diisytihar bankrap dianggap sebagai angka yang tinggi dan tidak sepatutnya berlaku.

"Apabila seorang penjawat awam diisytihar bankrap, dia akan ditamatkan perkhidmatan dan kesemua faedah termasuk pencen akan ditarik balik.

"Jadi kita nasihatkan kepada penjawat awam agar lihat dulu pendapatan bulanan dan kena berbelanja atas kebijaksanaan. Janganlah sampai menghuru-harakan keluarga apabila diisytihar bankrap nanti," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas perasmian Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Cuepacs di Jabatan Perdana Menteri di sini Rabu oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Omar berkata pada masa ini 80 peratus daripada penjawat awam mempunyai pelbagai jenis hutang, termasuk dari bank mahupun koperasi, dan ia dipercayai didorong oleh kebolehan mendapatkan pinjaman dengan mudah melalui status sebagai penjawat awam.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pengisytiharan bankrap itu disebabkan penjawat awam menjadi penjamin kepada pihak lain yang tidak mampu melangsaikan pinjaman.

Justeru, beliau berkata taklimat pada hari ini diharap dapat memberi lebih penerangan dan kesedaran kepada penjawat awam mengenai kebankrapan agar perkara itu dapat dielakkan pada masa hadapan.

Daripada segi Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 pula, Omar berkata ia untuk memaklumkan penjawat awam bahawa terdapat saluran yang selamat untuk mereka memberi maklumat mengenai sebarang ketirisan dalam perkhidmatan awam.

Ia juga, katanya dijangka dapat mengurangkan sindrom 'surat layang' kerana selain melindungi identiti pelapor, pihak yang melapor juga boleh diambil tindakan sekiranya perkara yang dilapor didapati tidak benar.

Beliau berkata taklimat seperti itu juga akan diadakan di seluruh negara secara berperingkat mengikut zon agar kesemua pemimpin dalam Cuepacs dapat menyertainya dan seterusnya perkara memberi penerangan atau mengadakan seminar untuk memberi penjelasan kepada penjawat awam di bawah seliaan mereka pula.seramai 23 orang staf uitm telah menghadiri seminar ini

PEMBANTU AM NAIK PANGKAT

15,000 PEMBANTU AM NAIK PANGKAT

Utusan Malaysia
Oleh ASLIZA MUSA
pengarang@utusan.com.my



IPOH 28 Feb. – Seramai 15,000 pembantu am pejabat akan menikmati kenaikan pangkat dan gaji sekiranya permohonan kenaikan itu diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman (gambar) berkata, sudah tiba masa untuk kerajaan mengkaji dan menyelaraskan semula sistem penggredan sedia ada agar bersesuaian dengan taraf pendidikan penjawat jawatan itu ketika ini.
Menurutnya, pelarasan itu perlu kerana penjawat jawatan itu sebelum ini hanya berkelulusan rendah seperti di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) berbanding kini apabila turut disertai lulusan diploma dan ijazah.
“Memorandum telah dihantar kepada JPA enam bulan lalu dan kita sedang menunggu kelulusan permohonan tersebut. Saya menjangkakan keputusannya akan diketahui tahun ini juga,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis taklimat dan penerangan Kesatuan Pembantu Am Pejabat (KPAP) Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Asri Saad dan Presiden KPAP Semenanjung Malaysia, M. Ramachandran.
Omar berkata, sekiranya permohonan itu diluluskan ia dilihat akan meningkatkan lagi semangat penjawat jawatan itu untuk bekerja keras.
“Mereka yang menjawat jawatan ini merupakan nadi yang menggerakkan sesuatu tugas di pejabat.
“Justeru itu, apabila adanya keselarasan, ia secara langsung bakal meningkatkan motivasi setiap pekerja,” katanya.
Sementara itu, beliau memberitahu, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk menukar nama KPAP kepada nama yang lebih bersesuaian agar selaras dengan tanggungjawab mewakili persatuan itu.
Katanya, kini tugas pembantu am pejabat tidak hanya tertumpu kepada pentadbiran pejabat sahaja malah meliputi pelbagai cabang tugasan.
“Dulu memang tugas mereka hanya tertumpu di pejabat tapi kini ada antara mereka bertugas di luar seperti di makmal dan sebagainya.
“Justeru itu kita akan berbincang dengan JPA untuk mencari nama yang lebih sesuai untuk persatuan ini,” katanya

BENGKEL SSU KALI KE-1 ANJURAN GAKUM





Pada 25 - 27 Februari 2011 yang lalu, Bengkel Skim Perkhidmatan Kumpulan Sokongan 1 anjuran GAKUM telah diadakan di D'Impiana Inn, Batu Pahat, Johor yang dikelolakan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Bengkel ini dihadiri oleh :

1. En Zulkifli Mohamed (Presiden KKUUiTM)

2. Pn. Hjh Rasan Halipah Yusoff
3. En. Khalili Mat Som
4. Pn. Rusni Salleh
5. Pn. Rusni Harun
6. En. Abd. Halim Mohd Noor
7. En. Ahmad Shafik Rosli
8. Pn. Thukkiyah Misnan

Bengkel ini bertujuan untuk memberi penjelasan dan kefahaman mengenai penyediaan kertas kerja kajian skim perkhidmatan.

(Sumber dari Pejabat KKUUiTM)

SETIAUSAHA KKUUitM SAKIT JANTUNG

MAJLIS PERPISAHAN PENGARAH UiTM KELANTAN